Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan sebanyak 88 kes telah pulih hari ini mencatatkan jumlah kes pulih adalah 5,439. Terdapat 36 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 28 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,855 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID19 adalah 1,304 kes. KKM juga memaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 112 kes.