Semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini yang disahkan negatif COVID-19 ketika ditahan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) akan dihantar pulang ke negara asal.

Operasi memburu PATI akan diteruskan walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa membuat saringan kesihatan dan memastikan status kesihatan berkaitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin pagi tadi berkata, Kementerian Luar akan berbincang dengan rakan sejawat negara berkaitan berhubung urusan membawa pulang rakyat mereka. ————————————- #HMETRO #METROTV