Katanya, rakyat kini seolah-olah menganggap tempoh PKPB seperti sudah tiada undang-undang dikenakan dengan sebahagian mereka bebas bergerak ke sana sini, malah ada yang bebas membawa anak kecil ke pasar raya

Menteri Pertahanan Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengenakan sekatan ketat untuk rakyat bergerak dengan banyak sektor perniagaan tidak dibenarkan operasi mungkin akan dilaksana semula. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu tidak mustahil dilakukan jika tahap pematuhan rakyat masih rendah terhadap peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).